BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 October 2010

kemahiran menerang


1.3 KEMAHIRAN MENERANG
1.3.1 Pengenalan
Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya dan mengenal pasti sejauhmana pencapaian murid atau pelajar. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.
            Dalam kemahiran ini guru-guru disarankan supaya menggunakan dan memberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran. Lihat contoh dibawah ini ;
            *               Guru menerangkan pengertian najis dengan memberikan beberapa contoh najis yang boleh ditemui disekeliling.
            *               Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara mencuci tangan yang betul
            *               Guru menerangkan riwayat hidup seekor rama-rama dari peringkat pertama hingga peringkat akhir  dengan menggunakan ilustrasi bergambar.
            *               Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada carta dan buku teks.
            Guru bendaklah memilih cara dan bentuk penerangan serta alat bantu mengajar yang sesuai. Guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya murid boleh memahami dan mencatat dalam buku atau nota masing-masing.
1.3.2 Objektif Penggunaan Kemahiran Menerang
  1. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.
  2. Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.
  3. Menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah.
  4. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
1.3.3 Prinsip-Perinsip Panduan Kemahiran Menerang
  • Rancang satu aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan  bentuk penerangan yang sesuai.
  • Contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran  hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu.
  • Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana murid –murid akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dam mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama.
  • Jika penerangan guru memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guru.
  • Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid yang lalu supya mereka dapat mengikutnya dengan mudah dan bermakna.
  • Alat bantu mengajar yang digunakan dengan teknik yang berkesan.
  • Selepas aktiviti penerangan, galakkan murid bertanya perkara-perkara yang tidak faham.
1.3.4 Kesan Penggunaan Kemahiran Menerang
      i.        Murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat.

    ii.        Murid dapat memahami sesuatu proses atau  prosedur secara terperinci dan teratur.


   iii.        Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangan yang diberikan menarik dan bermakna.

   iv.        Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar  ia akan dapat membantu merangsang pelbagai jenis deria murid  serta memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka.

    v.        Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


1.3.5     Komponen Kemahiran Menerang

1.3.5.1 Pengunaan Contoh
·         Contoh sumber mencukupi supaya anda akan memberikan input dengan menyeluruh dan ada bahan bukti.
·         Contoh sumber sesuai untuk peringkat umur dan tahap penerimaan murid.
·         Contoh sumber jelas dan menarik kerana murid sukakan benda yang menarik dan berwarna-warni.
            1.3.5.2  Pengurusan Kemahiran Menerang
·      Idea dikembangkan secara teratur supaya murid tidak keliru dengan isi yang disampaikan.
·      Variasi rangsangan berjaya digunakan dimana murid tekun dan dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap pelajaran.
·      Penerangan lisan jelas dan tepat supaya murid tidak salah faham.




1.3.5.3 Rumusan/ kesimpulan
·      Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis supaya murid akan ingat dengan lama
·      Isi-isi disusun secara teratur untuk kesinambungan yang berturutan dan senang difahami.
·      Penyataan penutup ringkas,tepat dan jelas.

2 comments:

DancingSilhouette said...

sy suka blog kamu, sy dapat ilmu dr sini. tapi sy mau komen psl contoh yg kmu beri tu.. yg 1st skali psl najis.. dlm internet banyak org ambil contoh ni..
saya minta maaf kalau saya salah angap dlm fakta yg kmu beri ni, ini blog kamu, idea kamu kn.. tetapi sebenarnya najis yg org2 dlm internet ni maksudkan bukanlah najis(taik) tetapi perkara2 yang tidak baik (dlm Islam)

CaLLeyDesOuZa said...

oh....thanx for the compliment dan maaf diatas kesilapan yang dilakukan......akan diperbaiki dari semasa ke semasa....