BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 October 2010

kemahiran menyoal Bahasa Melayu

1.2.0     KEMAHIRAN MENYOAL

1.2.1     Pengenalan
Menyoal merupakan kamahiran memperolehi maklumat 
dalam aktiviti pengajaran. Menyoal gunakan untuk membantu 
murid mengingati pelajaran yang telah dipelajari sebelum ini. Kemahiran 
menyoal boleh menjadi salah satu teknik pengajaran dan pembelajaran 
yang berkesan  di bilik darjah untuk meningkatkan dan mewujudkan  
 interaksi antara guru dan murid serta murid dan murid dengan lebih aktif lagi.

Penyoalan juga boleh membantu meningkatkan suasana 
interaksi yang lebih merangsangkan di kalangan murid serta 
mengalakkan murid untuk terus berminat dalam pelajaran mereka. 
Selain daripada itu, penyoalan berupaya mendapatkan maklumat 
dengan cara mencungkil pengetahuan murid, membantu mengulang kaji
pelajaran yang lepas dan mengukuhkan pelajaran yang sedang disampaikan.
Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah 
salah satu kaedah yang digunakan oleh guru untuk mendapatkan tindak 
balas daripada murid  sama ada mereka memahami atau tidak tajuk 
yang telah disampaikan. Selain itu, soalan juga dapat membantu murid 
secara langsung ddalam  meningkatkan prestasi pelajaran mereka.
Teknik menyoal adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Soalan digunakan untuk mendapatkan maklumat atau j
awapan daripada pelajar. Khususnya, guru menggunakan teknik 
menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami pelajaran baru.
Selain itu, menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan. Melalui
soalan murid dapat mengukuhkan hubungan dan menyatukan kumpulan 
melalui interaksi hati ke hati.Walaubagaimanapun, guru harus memberi 
perhatian terhadap teknik menyoal kerana kekerapan memberikan soalan 
boleh menjadi alat dan jalan untuk menghasilkan pengajaran yang baik 
(Groisser,1964 : 193 )


1.2.2     Komponen Kemahiran Menyoal

i.              Pembentukan soalan
Seorang guru yang hendak mengajar perlu sudah merancang terlebih
dahulu soalan yang akan diajukan kepada murid sebelum hendak 
mengajar. Guru perlu menekankan bahawa soalan itu perlu
a.    1. Jelas iaitu murid dapat mendengar setiap butir-butir soalan boleh dapat difahami.
b.    2. Tepat iaitu soalan yang diajukan adalah bernas dan berkait rapat dengan topik
         yang hendak disampaikan.
c.    3. Ringkas dan padat. Soalan yang panjang boleh mengelirukan serta 
         menyusahkan murid untuk memahaminya.

ii.            Fokus
Dibahagikan kepada dua iaitu fokus tunggal dan fokus pelbagai. 
Fokus tunggal ialah soalan ditumpukan pada satu idea  sahaja. 
Manakala fokus pelbagai ialah soalan yang ditumpukan lebih daripada satu idea.
iii.           Tebaran soalan
Semasa mengemukakan soalan,guru tidak tertumpu kepada 
sesetengah murid tetapi guru harus melibatkan semua kelas semasa memberi
soalan. Maksudnya, guru memberi soalan terlebih dahulu dan tidak menyebut 
mana-mana murid untuk menjawabnya. Rasionalnya ialah semua murid 
akan terlibat dan berfikir untuk mencari jawapannya.
iv.           Hentian
Setelah soalan diberikan,berhenti seketika untuk memberi laluan kepada 
murid untuk berfikir mencari jawapannya dan menjawabnya. Setelah itu 
anda bolehlah memanggil murid yang dikehendaki untuk menjawab soalan 
yang telah diberi sebentar tadi. 
v.            Melayan jawapan
Semasa melayan jawapan murid,adalah sangat ditekankan untuk memberi 
pujian kepada murid yang dapat menjawab dengan betul. Murid yang menjawab 
tidak betul perlu diberi pujian dan dan galakkan kerana berani tampil untuk 
member jawapan. Sudah tentu setiap jawapan yang diberi oleh murid bukan 
seratus-peratus betul namun anda bertanggungjawab untuk melengkapkan
jawapan yang diberikan ataupun membaiki jawapan yang diterima supaya 
murid akan mempelajari sesuatu yang belum diketahuinya.
vi.           Memberi petunjuk jawapan
Apabila soalan yang dikemukakan adalah sukar dijawab oleh murid,
guru perlu memberi petunjuk jawapan (klu) yang menjurus kearah jawapan 
sebenar supaya murid akan terus berusaha mencari jawapannya dan 
tidak merasa diperbodohkan kerana murid yang tidak dapat menjawab 
soalan akan beranggapan bahawa guru hanya memberi soalan yang tidak 
bermakna. Murid mungkin akan berasa bosan dan berhenti untuk mencari jawapan.
vii.          Mencungkil fikiran
Apabila murid berjaya meneka atau menjawab soalan tersebut. Cubalah memberi 
soalan lain yang berkaitan dengan topik supaya pemahaman murid lebih 
berkembang dan mencapah.

1.2.2.1        Soalan Menumpu

Pada umumnya soalan boleh dibahagikan kepada soalan menumpu dan 
soalan mencapah. Soalan-soalan ini digunakan untuk tujuan tertentu. untuk 
soalan menumpu, jenis soalan ini berdasarkan kepada susunan beberapa 
soalan secara bersiri. Soalan jenis ini bertujuan untuk menumpukan idea atau 
hujah dimana ia hanya berkait tentang soalan yang hendak diketengahkan. Dibawah merupakan jenis-jenis soalan menumpu.

1. Nyatakan 4 peringkat perkembangan seekor ayam ?
2. Namakan 3 jenis tumbuhan yang dibiakkan daripada keratan batang?
3. Perihalkan 4 peringkat perkembangan rama-rama
4. Terangkan bagaimana ikan dapat bernafas dalam air

1.2.2.2 Soalan Mencapah

Soalan jenis ini memerlukan daya pemikiran yang kritis, analitis dan rasional murid sebelum memberikan jawapan. Ia bertujuan untuk mengalihkan perhatian murid dari satu hujah kepada hujah yang lain yang ada kaitan dengan hujah awal supaya pemahaman murid bertambah luas. Contoh soalan :

1.  Mengapa pencemaran boleh berlaku?
2. Ceritakan apa akan berlaku jika planet bumi berputar menghampiri matahari.
3. Pada pendapat anda, berikan alasan kesan rumah hijau.



1.2.3 PRINSIP MENYOAL
i.              Merancang soalan.
Soalan dirancang dan dibentuk terlebih dahulu sebelum masuk ke kelas.
ii.            Sesuai dengan peringkat umur.
Perlu ditegaskan bahawa guru perlu sentiasa berhati-hati mengenai penggunaan perkataan yang mungkin tidak boleh difahami oleh murid tahap 1 khususnya. Adalah lebih baik guru menggunakan perkataan yang mudah dan kerap digunakan oleh murid.
iii.           Soalan mengikut aras yang sesuai.
Soalan yang memerlukan murid untuk berfikir mengenai sistem pembiakan manusia dan fungsinya adalah tidak sesuai untuk murid Tahun 1 atau tahun 2 kerana aras soalan yang terlalu tinggi. Aras soalan perlu mengikut kesesuaian umur, dan tahap penerimaan murid.
iv.           Beri peluang murid untuk berfikir
Sejurus selepas anda mengemukakan soalan, jangan terus memanggil nama murid untuk menjawab soalan itu. Beri mereka masa untuk berfikir.
v.            Elakkan soalan mengikut tempat duduk
Murid akan dapat menjangka sekiranya soalan mengikut turutan dilakukan. Selain itu murid yang lain tidak akan mendengar arahan anda.


1.2.4 TEKNIK MENYOAL

Pembelajaran boleh dirangsang melalui teknik penyoalan. Teknik ini membolehkan 
guru menilai maklum balas secara berterusan. Oleh itu, adalah perlu guru merancang 
terlebih dahulu bentuk soalan yang hendak dikemukakan dan guru tidak harus terikat sepenuhnya dengan soalan-soalan secara spontan. Soalan-soalan yang ada kaitan 
dengan minat murid juga boleh digunakan. Soalan yang dikemukakan hendaklah:

         *            Jelas dan terdapat satu idea sahaja
         *            Ringkas supaya mudah diingati oleh murid
         *            Menepati masa, diminati, mencabar dan berkaitan dengan topik pengajaran
         *            Menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid
         *            Mengandungi lebih daripada jawapan `ya’

Oleh kerana penyoalan adalah cara yang berkesan untuk menggalakkan 
penglibatan murid secara menyeluruh, guru perlulah menggunakan soalan 
sebanyak yang  mungkin. Menyoal boleh digunakan pada peringkat permulaan,
perkembangan dan peringkat penutup pelajaran

1.2.4.1 Peringkat Permulaan Pelajaran

Pada peringkat ini soalan digunakan untuk mencungkil pengetahuan yang sedia ada pada murid untuk mengaitkan pelajaran yang telah dipelajari  dengan pelajaran baru dengan tujuan untuk menumpukan perhatian serta minat murid pada pelajaran yang akan dipersembahkan nanti.

 1.2.4.2 Peringkat Perkembangan Pelajaran

Pada peringkat ini soalan digunakan untuk  menguji  kefahaman murid 
berkenaan dengan  bahan pelajaran yang  akan dibincangkan bersama  untuk 
memastikan murid terlibat sepanjang aktiviti tersebut.

1.2.4.3 Peringkat Penutup

Soalan pada peringkat penutup ini digunakan untuk membuat rumusan pelajaran dimana ia bertujuan untuk menguji kefahaman murid secara menyeluruh.
1.2.5 OBJEKTIF PENYOALAN
Apabila guru ingin menyoal murid, guru akan memberi soalan kepada 
keseluruhan kelas. Setelah memberi mereka waktu untuk memikirkan jawapan, 
barulah guru memilih secara rawak beberapa orang pelajar untuk menjawab
soalan tersebut. Kaedah menyoal yang betul seperti ini dapat membangkitkan kecerdasan serta menggalakkan pelajar untk berfikir. Kaedah ini juga dapat 
merangsang pemikiran pelajar.
Selain itu, tujuan menyoal adalah bertujuan untuk memperolehi maklum 
balas tentang pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula bahawa 
kebanyakan penilaian adalah bergantung kepada soalan, maksudnya bahawa 
setiap soalan mesti ada objektifnya iaitu:
a)    Menggerak minda
Guru dapat merangsang dan mencungkil fikiran pelajar semasa sesi soal 
jawab dengan menggunakan teknik soalan kemahiran berfikir kreatif dan kritis 
terutamanya ketika mengajar tajuk baru. Pada masa yang sama, guru boleh 
menimbulkan minat dan rasa ingin tahu pelajar semasa sesi soal jawab dijalankan.
b) Menilai Pemahaman Pelajar
Guru dapat mengukur tahap kefahaman murid  dalam aktiviti pengajaran 
dan pembelajaran yang dilaksanakan. Sesi soal jawab merupakan satu
latihan sebelum menghadapi ujian atau peperiksaan.

c) Membimbing
Murid  biasanya sering menunjukkan kelemahan dalam memberikan jawapan.
Dalam kaedaan ini guru hendaklah tidak terus menyalahkan jawapan murid . 
Sebaliknya, guru wajar menggunakan teknik soalan yang memberikan panduan 
kearah jawapan yang dikehendaki sehingga pelajar menyedari kesilapan 
mereka dan cuba membetulkan kesalahan itu.
d) Merantas pembelajaran
Proses pembelajaran murid harus berlaku secara aktif sepanjang masa. 
Bentuk soalan boleh juga menggunakan konsep yang diperoleh dalam 
sesuatu mata pelajaran kepada situasi yang lain.(Kamarul &Abd. Halim,2007 : 181 )
e) Menggalakkan mutu pemikiran yang tinggi
Soalan yang dibuat mestilah mempunyai unsur penganalisisan, penggabungan 
atau sintesis dan penilaian( Zawawi,1988:215)
f) Mengekalkan perhatian murid
Guru dapat mengenal pasti tingkah laku murid semasa pengajaran 
dan pembelajaran sedang berlaku. Jika guru ternampak murid  sedang 
berkhayal atau leka, teknik soalan boleh digunakan untuk mengembalikan 
semula perhatiannya tanpa memarahi dan mengherdik pelajar terbabit( Zawawi, 1988: 215 )
g) Mengeratkan interaksi
Tujuan menyoal juga dapat mengeratkan interaksi antara guru dengan
murid dan sesama murid. Interaksi guru-murid, murid-guru dan murid 
sesama murid penting kerana dapat mewujudkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang lebih baik dan garmoni ( Zawawi, 1988 : 216 )


1.2.6 ARAS-ARAS PENYOALAN
Soalan-soalan yang hendak dikemukakan dalam aktiviti pengajaran 
guru hendaklah dipelbagaikan mengikut peringkat aras-aras penyoalan.
Bloom dalam bukunya “ Taxonomy of Education objective” membahagikan enam peringkat aras-aras penyoalan:
ü   Pengetahuan
ü  Kefahaman
ü  Aplikasi
ü  Analisis
ü  Sintesis
ü  Penilaian
Pengetahuan
Soalan-soalan diperingkat ini bertujuan menguji kebolehan 
calon mengingat kembali fakta asas, istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama-nama yang telah dipelajari.
Perkataan yang biasa digunakan ialah namakan, nyatakan,berikan, terangkan, siapa, apa, mana, bila dan senaraikan.           Contoh:
1) Berikan 2 sebab Malaysia menjadi tarikan p[elancong?
2) Nyatakan nama-nama negeri di Malaysia?
Kefahaman
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehnm 
calon memahami, menterjemah dan menginterpretasikan fakta asas, 
konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.
Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah terangkan, tuliskan, mengapa, huraikan dan lain-lain.        Contoh:
1) Mengapa Melaka jatuh ke tangan Portugis?
2) Terangkan apa itu teknologi?
Aplikasi 
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan calon 
menggunakan fakta     asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang dipelajari untuk menyelesaikan masalah.
Perkataan-perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kerakan, gunakan, huraikan dan lain-lain.Contoh :
1) Huraikan kepentingan air?
2) Bagaimana kita dapat bernafas ?
Analisis
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan 
calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor 
Perbezaan, kesamaan dan hubungkait antara satu sama lain.Perkataan yang 
biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, analisis, cerkinkan, asingkan, bahagikan dan sebagainya.Contoh :
1) Bezakan maksud pelaksanaan dan pengelolaan?
2) Bandingkan Malaysia dan Indonesia?

Sintesis
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan 
calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea 
serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisiskan melalui 
prinsip induksi atau deduksi.
Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan,
membuat kesimpulan, bentukkan ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, g
abungkan dan lain-lain.
Penilaian
Soalan-soalan di peringkat ini bertujuan menguji kebolehan 
calon membuktikan, mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, 
mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu pernyataan, ciptaan, 
karya, perinsip, teori dan lain-lain.
Perkataan yang biasa diunakan seperti beri kritikan, buktikan, nilaikan, 
berikan komen dan sebagainya.




0 comments: