BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

24 October 2010

S3MbaraNgaN

1. What are ten reasons someone would be happy to be in a relationship with me?

  • im understanding
  • i dnt like sHouting U even only me n u even u r the 1 who made mistake hehehee..kunun
  • i can cook 
  • i love children
  • i respect u as my part of life
  • i will b wit u if anything happen..hope so but i try k...
  • bcz i lv u so muc
  • i knw u more than anyone n i admit ol da way u r
  • u r my happiness
  • u r my best pren oso....
2. Who are five people I admire for their ability to radiate and share love?
  •  my mom op kos la kn...
  • my family member..
  • my BeloVed oNes
  • Mother Theresa
  • My God
3. What are my five greatest strengths at work?
  • my Spirit
  • people  dat surround me
  • i love to do my work
  • total of my Salary hehehehe mimang la bh kannn..
  • Mud sy ari tu la..depends la kn..kalo x okay bh lain2 la tu...

4. Who are two people I truly admire in business and why?
  • my dad
  • beloved BF
 5. What are ten things I really like to do?
  • wit family
  • travelling
  • shopping
  • reading books
  • teach children hehhee
  • karoke..walaupn suara tidak sedap antam jak la
  • cooking new recipe hehee..paling ku suka ni..
  • business matter..part of my life..kami tida akan jd gini kalo bukan ni business..thanxxxx...
  • lepak2 hehheee
  • tidur..mesti ada dlm sehari kalo tidak..dunia pasti tebalik heheee
6. What are five activities I used to enjoy doing as a child that I wish I did today?
i. playing wit pren till da night come..uii siuk ni..
ii. main panjat-panjat pokok then pergi panjat pokok yang tinggi..sure best punya..
iii. sy mau main getah sebab dulu sy paling terer...
iv. dulu sy laju belari tp sekarang tida suda..
v. mengintip orang wit geng karas...bestnyerrr

7. Who are my most treasured friends and why?
my True pren..dat accept me for who i am..scold me for a reason n teach me to make sure i didnt repeat dat mistake...

8. Looking back at my life, what are three problems from my past that have paved the way for positive growth and how did this occur?
 secret..only me shud knw n HIM...

9.Do I ever create problems to get attention or pay someone back? If so, how?
ewww..pls la...

10 What are ten things I feel grateful for in my life right now?
  • my family
  • my religion
  • my Bf
  • my BFF
  • My carrier
  • my hp/car
  • my monEy investment
  • my lappie
  • my fashion collection
  • MY BIBLE

kaedah pengajaran dalam Bahasa Melayu

3.2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
            3.2.1 Pengenalan
Kaedah merupakan antara elemen terpenting yang perlu dikuasai oleh seorang guru dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah telah wujud sekian lama untuk membolehkan guru-guru mengajar mengikut cara yang betul dan terancang. Kajaian –kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.
Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai alternatif kepada guru. Terpulangkan kepada mereka untuk menentukan dan menggunakan kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran.

3.2.1.1 Definisi kaedah

Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur. tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih.  Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih. Kaedah juga boleh dikatakan sebagai cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran.
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud  cara atau aturan membuat sesuatu), hukum  atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada  sesuatu siri tindakan yang sistematik dan  tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada  beberapa langkah atau kegiatan yang  mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala  aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Kaedah adalah cara  atau peraturan membuat sesuatu  terutamanya yang bersistem  atau yang biasa  (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007).
Kaedah ialah  cara atau peraturan membuat sesuatu.  Satu siri tindakan guru yang sistematik  dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek.  Satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam  satu prosedur yang tersusun berlandaskan  kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963).  Mangantar Simanjuntak (1982)  berpendapat bahawa kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk  mengajar sesuatu bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Manakala Parera (1986 ) mengatakan bahawa satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan  secara teratur.

3.2.2.0 KAEDAH TERUS

Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan  Harald Palmer antara tahun 1920-1935.  Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan unruk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.

Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang  berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.
Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman- pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.


Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah  kaedah pengajaran secara perbualan untuk  memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.  menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini  mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi  kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas  iaitu:

      *            Perhubungan secara langsung antara perkataan  dengan benda atau ayat dengan fikiran atau  sebaliknya.
      *            Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman-  pengalaman sedia ada.
      *            Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui  soalan-soalan yang telah dirancangkan
      *            Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari  undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks

Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera  kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.

3.2.2.1 Tujuan

      i.        Membolehkan pelajar-pelajar menguasai  keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya
    ii.        mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.

   iii.        Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan  bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat  yang berkenaan





3.2.2.1.2 Teknik Mengajar

      i.        Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan  pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem
bunyi bahasa itu.

    ii.        Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar. Terjemahan tidak digunakan langsung.

   iii.        Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan  dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti,  perrkataan berlawan dan lain-lain.

   iv.        Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat  yang hendak diajar dilatih tubi dahulu sehingga pelajar- pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa
hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .

    v.        Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan- bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan yang dibuat

3.2.1.3 Sifat-sifat

1.    Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan  bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur.

2.    Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang  hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan  langsung.
3.    Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah  ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa.

3.2.1.4 Kelemahan-  kelemahan

      i.        Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar- pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-murid telah
mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.

    ii.        Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini  terlalu lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, kerana  di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.

   iii.        Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan  bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik

3.2.2.0  KAEDAH NAHU  TERJEMAHAN

Kaedah ini selalu juga dinamakan kaedah klasik. Ini mungkin kaedah yang digunakan sebelum kaedah- kaedah lain. Oleh sebab dahulunya para sarjana dikelilingi oleh bahan-bahan sastera bertulis dan kemahiran menulis itu dijadikan tujuan yang penting,itulah yang menjadi objektif dalam kaedah tersebut.





3.2.2.1        Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :

*      Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa  dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang  betul.

*      Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke  bahasa natif dan sebaliknya.

*      Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas  yang dapat digunakan dalam penulisan.

*      Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan  makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.

3.2.2.2 Teknik Mengajar

      i.        Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang  nahu dahulu. Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi
misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.

    ii.        Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang  perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.

   iii.        Pelajar–pelajar kemudianya disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari.
   iv.        Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat- ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.

3.2.2.3 Sifat-sifatnya
                                          *            Kaedah ini bersifat deduktif.  
                                          *            Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan


3.2.3.0  KAEDAH ORAL –AURAL  ( DENGAR –TUTUR )
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Kaedah Oral-Aural (Dengar-Tutur) lebih kepada dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan dan dialog dianggap realistik dan dilatih secara latih tubi secara berulang kali dengan memberikan perhatian kepada intonasi yang betul. Bahan rakaman, alat pandang-dengar atau bahan elektronik boleh digunakan. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan alat pandang dengar yang lengkap.

Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya berdasarkan penggunaan dan makna. Setelah menguasai bacaan, latihan akan diteruskan kepada aktiviti menulis yang dikawal dan terhad menggunakan bahan-bahan yang telah dipelajari, dan selepas itu baharulah latihan meulis bebas digunakan. Tujuan pengajaran Oral-Aural ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiranbahasa sekaligus iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Kamarudin Husin, 1988).


3.2.3.1 Prosedur pengajaran kaedah oral- aural
Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar.
Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini  menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti  secara ajukan.  Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.  Dialog dianggap realistik dan ia dilatih tubi secara  berulang kali.  Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik  dengan memberi perhatian kepada intonasinya  yang betul.

3.2.3.2  Ciri-ciri kaedah oral aural

Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah  sebutan penutur jati bahasa itu.  Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya  ,lebih –lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati  bahasa yang diajar itu.  
 Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya.  Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.  
Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh  bahan yang telah disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar  diperkenalkan secara induktif dan dengan  pemeringkatan yang teratur.

Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi  sedikit pada awalnya dan selalunya dalam  konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan  sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya.  Setelah pelajar menguasai bacaan,  latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis.

Mula-mula latihan menulis ini dikawal  oleh bahan-bahan yang telah dipelajari
dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan

3.2.3.3 Tujuan Kaedah Oral- aural  ( Dengar-Tutur )

Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah  ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa,iaitu mendengar , bertutur, membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur  diberi keutamaan.

Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya  dijadikan asas untuk pembelajaran  bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar  memahami kebudayaan asing melalui  pengalaman dalam bahasa


3.2.4.0 KAEDAH BACAAN

Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Dr. Michael West. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah. Ia tidak memerlukan menghafaz atau menggunakan tatabahasa, idiom dan sebagainya. Kaedah ini hanya menggunakan bacaan. Membaca hanya memerlukan murid mengenali perkataan-perkataan yang tertulis dan membacanya.

Kaedah ini mementingkan sebutan dan ini mudah kerana hanya memerlukan pengenalan sahaja dan tidak memerlukan murid menghafaz hukum-hukum tatabahasa yang rumit.Membaca kuat hanya perlu untuk latihan sebutan dan tidak bertujuan lain. Pembelajaran melalui kaedah ini selalunya menggunakan perbendahraan kata yang dirancang dengan teratur menurut frekuensi. Bahan dibuat secara saintifik, disusun mengikut gred dan peringkat dengan baik.

Biasanya senarai perkataan digunakan untuk pemilihan bahan. Kaedah ini tidak mementingkan terjemahan. Ia sering digunakan oleh guru-guru di dalam kelas tanpa di sedari dan ia juga merupakan sebahagian daripada kaedah yang lain.

Asas bacaan bererti satu permulaan atau tapak bagi satu binaan. Dalam soal mendirikan asas bacaan bahasa Melaysia perkara-perkara seperti pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid.  Hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku bacaan yang sesesuai.  Peringkat ini menekankan beberapa aspek yang penting untuk panduan sebagai seorang guru:

                              *            Segala bahan diajarkan hemdak dipilih, dikawal dan disusun dengan baik.
                              *            Ajarkan perkataan-perkataan dan rangkai kata atau ayat senang yang sesuai dahulu.
                              *            Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat minat murid-murid.
                              *            Isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai pula dengan perkembangan murid.
                              *            Gunakan gambar atau warna yang menarik hati murid untuk belajar.
                              *            Guru hendakalah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membuanuh semangat murid untuk terus belajar membaca.


3.2.4.1 Cara Mengajar

Mula-mula murid dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang mudah. Bacaan senyap dan kuat dijalankan selepas itu dan ini adalah untuk membolehkan mereka memahami teks yang dibaca.


Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan murid-murid mengingati struktur-struktur dan perbendaharaan kata yang penting. Pembelajaran tatabahasa pula didasarkan kepada bacaan supaya membolehkan mereka mengenali beberapa bentuk kata kerja, kata nama dan lain-lain. Penghasilan atau penulisan struktur ayat secara aktif tidak adalah  diutamakan atau tidak semestinya.  .

Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, murid-murid diperkenalakan dengan sistem bunyi bahasa yang dipelajari dengan mendengar dan bertutur. Ini dilakukan melalui penggunaan rangkai kata yang mudah. Apabila ini sudah tercapai murid membaca buku teks dan diikuti pula dengan latihan lisan dan menjawab soalan-soalan.

Kaedah Secara Kumpulan

Pengajaran secara berkumpulan meminta murid berada dalam satu-satu kumpulan. Lazimnya bahan yang digunakan adalah berbeza diantara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pengajaran dijalankan dalam kerusi meja yang disusun secara berkelompok mengikut kumpulan atau kebolehan setiap murid itu.

Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian. Kedua kumpulan yang pelbagai kebolehan dan kecenderungan kumpulan mengikut kebolehan. Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang sama tarafnya. Mereka di letakkan dalam kumpulan berdasarkan ujian atau penilaian. Pada amnya, guru boleh membentuk tiga kumpulan :

      *            Kumpulan cerdas.
      *            Kumpulan sederhana
      *            Kumpulan lambat.



3.2.4.2        Prinsip-prinsip kaedah pengajaran berkumpulan

      i.        Murid harus dibiasakan dengan rutin aktiviti berkumpulan. Iaitu dalam satu satu aktiviti mereka tahu tugas mereka.
    ii.        Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana belajar yang agak bising.
   iii.        Guru harus menentukan supaya tidak ada murid merasa besar diri dan rendah diri dalam satu-satu kumpulan.
   iv.        Perhatian hendak diberikan kepada individu tertentu walaupun telah dibahagikan mengikut kumpulan.
    v.        Kerjasama dan pertandingan sihat hendak diwujudkan.
   vi.        Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan guru hendaklah menyediakan murid dengan arahan yang jelas.
  vii.        Semasa aktiviti dijalankan guru hendaklah beredar dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalak murid untuk mendapat pengetahuan.
viii.        Diakhir pelajaran guru hendaklah membincang hasil kerja murid bagi tiap-tiap kumpulan.
   ix.        Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan mengenai apa yang dipelajari.

3.2.4.3        Teknik yang boleh dijalankan dalam kaedah bacaan

      i.        Guru menarik perhatian murid kepada tajuk atau aktiviti yang hendak dijalankan.
    ii.        Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian melantik seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aktiviti dapat dijalankan.
   iii.        Kemudian guru akan memberi arahan dan tugasan.
Ketika aktiviti kumpulan guru harus bergerak daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain, menegaskan aktiviti yang perlu dibuat dan menghalakan aktiviti ke jalan yang betul.
   iv.        Setelah tamat guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.






















kemahiran menerang


1.3 KEMAHIRAN MENERANG
1.3.1 Pengenalan
Kemahiran ini tidak berasaskan kepada sesuatu teori dan teknik yang tertentu, sebaliknya bergantung kepada kebijaksanaan guru mengendalikannya dan mengenal pasti sejauhmana pencapaian murid atau pelajar. Kemahiran ini digunakan di peringkat perkembangan sama ada untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada murid.
            Dalam kemahiran ini guru-guru disarankan supaya menggunakan dan memberi contoh, ilustrasi dan sumber pengajaran. Lihat contoh dibawah ini ;
            *               Guru menerangkan pengertian najis dengan memberikan beberapa contoh najis yang boleh ditemui disekeliling.
            *               Guru menerangkan sambil mendemonstrasikan cara-cara mencuci tangan yang betul
            *               Guru menerangkan riwayat hidup seekor rama-rama dari peringkat pertama hingga peringkat akhir  dengan menggunakan ilustrasi bergambar.
            *               Guru menerangkan dan menghuraikan isi pelajaran dengan merujuk kepada carta dan buku teks.
            Guru bendaklah memilih cara dan bentuk penerangan serta alat bantu mengajar yang sesuai. Guru juga boleh menggunakan kapur untuk menulis isi penting pada papan tulis supaya murid boleh memahami dan mencatat dalam buku atau nota masing-masing.
1.3.2 Objektif Penggunaan Kemahiran Menerang
  1. Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dalam masa yang singkat.
  2. Memudahkan murid memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas.
  3. Menghuraikan sesuatu proses seperti langkah-langkah menjalankan projek, ujikaji atau masalah.
  4. Menjelaskan sebab-sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu.
1.3.3 Prinsip-Perinsip Panduan Kemahiran Menerang
  • Rancang satu aktiviti pengajaran dengan memilih cara dan  bentuk penerangan yang sesuai.
  • Contoh-contoh ilustrasi atau sumber pengajaran  hendaklah ditentukan dan disediakan terlebih dahulu.
  • Aktiviti menerangkan tidak terlalu lama kerana murid –murid akan merasa bosan jika mereka disuruh duduk dam mendengar penerangan guru dalam tempoh masa yang lama.
  • Jika penerangan guru memakan masa yang lama, gunakan kemahiran variasi rangsangan untuk mengekalkan minat murid terhadap penerangan guru.
  • Perkataan dan istilah yang digunakan untuk menerangkan hendaklah berdasarkan kebolehan dan pengalaman murid yang lalu supya mereka dapat mengikutnya dengan mudah dan bermakna.
  • Alat bantu mengajar yang digunakan dengan teknik yang berkesan.
  • Selepas aktiviti penerangan, galakkan murid bertanya perkara-perkara yang tidak faham.
1.3.4 Kesan Penggunaan Kemahiran Menerang
      i.        Murid-murid dapat memahami konsep atau isi pelajaran dengan lebih cepat, mudah dan tepat.

    ii.        Murid dapat memahami sesuatu proses atau  prosedur secara terperinci dan teratur.


   iii.        Murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru jika penerangan yang diberikan menarik dan bermakna.

   iv.        Melalui contoh-contoh, ilustrasi dan alat bantu mengajar  ia akan dapat membantu merangsang pelbagai jenis deria murid  serta memudahkan kefahaman dan memperkukuhkannya dalam ingatan mereka.

    v.        Aktiviti pengajaran guru dapat dijimatkan dan ini membolehkan guru menambah aktiviti pengajaran dan pembelajaran.


1.3.5     Komponen Kemahiran Menerang

1.3.5.1 Pengunaan Contoh
·         Contoh sumber mencukupi supaya anda akan memberikan input dengan menyeluruh dan ada bahan bukti.
·         Contoh sumber sesuai untuk peringkat umur dan tahap penerimaan murid.
·         Contoh sumber jelas dan menarik kerana murid sukakan benda yang menarik dan berwarna-warni.
            1.3.5.2  Pengurusan Kemahiran Menerang
·      Idea dikembangkan secara teratur supaya murid tidak keliru dengan isi yang disampaikan.
·      Variasi rangsangan berjaya digunakan dimana murid tekun dan dapat memberikan seratus peratus perhatian terhadap pelajaran.
·      Penerangan lisan jelas dan tepat supaya murid tidak salah faham.




1.3.5.3 Rumusan/ kesimpulan
·      Isi-isi penting dinyatakan secara bertulis supaya murid akan ingat dengan lama
·      Isi-isi disusun secara teratur untuk kesinambungan yang berturutan dan senang difahami.
·      Penyataan penutup ringkas,tepat dan jelas.