bunyi bahasa itu.
hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .
mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.
misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.
dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan
Pengajaran secara berkumpulan meminta murid berada dalam satu-satu kumpulan. Lazimnya bahan yang digunakan adalah berbeza diantara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain. Pengajaran dijalankan dalam kerusi meja yang disusun secara berkelompok mengikut kumpulan atau kebolehan setiap murid itu.
Ketika aktiviti kumpulan guru harus bergerak daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain, menegaskan aktiviti yang perlu dibuat dan menghalakan aktiviti ke jalan yang betul.
24 October 2010
kaedah pengajaran dalam Bahasa Melayu
3.2.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
3.2.1 Pengenalan
Kaedah merupakan antara elemen terpenting yang perlu dikuasai oleh seorang guru dalam memantapkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah telah wujud sekian lama untuk membolehkan guru-guru mengajar mengikut cara yang betul dan terancang. Kajaian –kajian yang telah dilakukan sebelum ini menjelaskan bahawa pengajaran bahasa akan lebih berkesan apabila guru mampu menggunakan kaedah yang telah disarankan dalam bidang pengajaran bahasa.
Pelbagai kaedah diketengahkan sebagai alternatif kepada guru. Terpulangkan kepada mereka untuk menentukan dan menggunakan kaedah yang paling berkesan dalam pengajaran.
3.2.1.1 Definisi kaedah
Kaedah merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik yang bertujuan untuk mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Kaedah adalah Lebih bercorak jangka pendek dan merupakan usaha keseluruhan yang terdiri daripada prosedur. tersusun dan adalah berdasarkan sesuatu pendekatan yang dipilih. Kaedah juga digunakan bagi mendokong pendekatan dipilih. Kaedah juga boleh dikatakan sebagai cara menyampaikan maklumat atau menjalankan aktiviti pengajaran.
Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud cara atau aturan membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Kaedah adalah cara atau peraturan membuat sesuatu terutamanya yang bersistem atau yang biasa (Kamus Dewan Edisi Ke-4, 2007).
Kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa pendek. Satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony 1963). Mangantar Simanjuntak (1982) berpendapat bahawa kaedah ialah satu rencana (prosedur) yang menyeluruh untuk mengajar sesuatu bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Manakala Parera (1986 ) mengatakan bahawa satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur.
3.2.2.0 KAEDAH TERUS
Kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer antara tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah askar kerana pernah digunakan unruk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam Perang Dunia Kedua.
Kaedah terus mengutamakan prinsip-prinsip mengajar yang berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini amat sesuai untuk pengajaran bahasa kedua dan segala pengajaran tidak sekali-kali menggunakan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid.
Kaedah ini bertujuan membolehkan kanak-kanak menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu secara berkesan dan membolehkan mereka menggunakan bahasa yang dipelajari itu dalam masyarakat berkenaan.
Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat asas iaitu Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. Seterusnya pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman- pengalaman yang telah sedia ada. Kemudian harus menimbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan dan pengajaran haruslah berpandu kepada lunas-lunas kanak-kanak mempelajari bahasa ibunda mereka.
Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanak-kanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu:
Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya.
Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalaman- pengalaman sedia ada.
Timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalan-soalan yang telah dirancangkan
Mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undang-undang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.
3.2.2.1 Tujuan
i. Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya
ii. mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.
iii. Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan
3.2.2.1.2 Teknik Mengajar
i. Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar itu terus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan sistem
ii. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar. Terjemahan tidak digunakan langsung.
iii. Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.
iv. Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatih tubi dahulu sehingga pelajar- pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa
v. Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan- bahan yang ada kaitan dengan latihan lisan yang dibuat
3.2.1.3 Sifat-sifat
1. Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur.
2. Pelajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan langsung.
3. Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistik dengan pengajaran bahasa.
3.2.1.4 Kelemahan- kelemahan
i. Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar- pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-murid telah
ii. Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, kerana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar.
iii. Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik
3.2.2.0 KAEDAH NAHU TERJEMAHAN
Kaedah ini selalu juga dinamakan kaedah klasik. Ini mungkin kaedah yang digunakan sebelum kaedah- kaedah lain. Oleh sebab dahulunya para sarjana dikelilingi oleh bahan-bahan sastera bertulis dan kemahiran menulis itu dijadikan tujuan yang penting,itulah yang menjadi objektif dalam kaedah tersebut.
3.2.2.1 Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :
Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya.
Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan.
Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca.
3.2.2.2 Teknik Mengajar
i. Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu. Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi
ii. Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal. Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.
iii. Pelajar–pelajar kemudianya disuruh membuat ayat-ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari.
iv. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat- ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya.
3.2.2.3 Sifat-sifatnya
Kaedah ini bersifat deduktif.
Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan
3.2.3.0 KAEDAH ORAL –AURAL ( DENGAR –TUTUR )
Kaedah ini diajar adalah bagi tujuan membolehkan pelajar memperkembang keempat-empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Kaedah ini merupakan kemahiran lisan asas untuk pembelajaran membaca dan menulis. Ia membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Kaedah Oral-Aural (Dengar-Tutur) lebih kepada dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan dan dialog dianggap realistik dan dilatih secara latih tubi secara berulang kali dengan memberikan perhatian kepada intonasi yang betul. Bahan rakaman, alat pandang-dengar atau bahan elektronik boleh digunakan. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan alat pandang dengar yang lengkap.
Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya berdasarkan penggunaan dan makna. Setelah menguasai bacaan, latihan akan diteruskan kepada aktiviti menulis yang dikawal dan terhad menggunakan bahan-bahan yang telah dipelajari, dan selepas itu baharulah latihan meulis bebas digunakan. Tujuan pengajaran Oral-Aural ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiranbahasa sekaligus iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis (Kamarudin Husin, 1988).
3.2.3.1 Prosedur pengajaran kaedah oral- aural
Kaedah pengajaran kaedah Oral-Aural ini ialah menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada Intonasi yang betul, sebutan penutur jati bahasa itu dan bahan pita rakaman boleh digunakan jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar.
Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan kepada aktiviti menulis. Pada awalnya, latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yg telah dipelajari, kemudian barulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan. Dialog dianggap realistik dan ia dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul.
3.2.3.2 Ciri-ciri kaedah oral aural
Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya ,lebih –lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu.
Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap.
Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah disusun rapi. Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur.
Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu adalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis.
Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari
3.2.3.3 Tujuan Kaedah Oral- aural ( Dengar-Tutur )
Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa,iaitu mendengar , bertutur, membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan.
Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa
3.2.4.0 KAEDAH BACAAN
Kaedah ini telah diperkenalkan oleh Dr. Michael West. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling mudah. Ia tidak memerlukan menghafaz atau menggunakan tatabahasa, idiom dan sebagainya. Kaedah ini hanya menggunakan bacaan. Membaca hanya memerlukan murid mengenali perkataan-perkataan yang tertulis dan membacanya.
Kaedah ini mementingkan sebutan dan ini mudah kerana hanya memerlukan pengenalan sahaja dan tidak memerlukan murid menghafaz hukum-hukum tatabahasa yang rumit.Membaca kuat hanya perlu untuk latihan sebutan dan tidak bertujuan lain. Pembelajaran melalui kaedah ini selalunya menggunakan perbendahraan kata yang dirancang dengan teratur menurut frekuensi. Bahan dibuat secara saintifik, disusun mengikut gred dan peringkat dengan baik.
Biasanya senarai perkataan digunakan untuk pemilihan bahan. Kaedah ini tidak mementingkan terjemahan. Ia sering digunakan oleh guru-guru di dalam kelas tanpa di sedari dan ia juga merupakan sebahagian daripada kaedah yang lain.
Asas bacaan bererti satu permulaan atau tapak bagi satu binaan. Dalam soal mendirikan asas bacaan bahasa Melaysia perkara-perkara seperti pemilihan ayat, rangkai kata, perkataan, huruf-huruf dan suku kata berkehendakkan kajian yang mendalam dan teliti daripada pihak guru supaya pelajaran yang disampaikan itu tidak membosankan murid-murid. Hal di atas ini berhubung rapat dengan alatan mengajar dan buku-buku bacaan yang sesesuai. Peringkat ini menekankan beberapa aspek yang penting untuk panduan sebagai seorang guru:
Segala bahan diajarkan hemdak dipilih, dikawal dan disusun dengan baik.
Ajarkan perkataan-perkataan dan rangkai kata atau ayat senang yang sesuai dahulu.
Alat-alat mengajar hendaklah lengkap untuk menimbulkan minat minat murid-murid.
Isi pelajaran hendaklah berkait rapat dengan pengalaman dan sesuai pula dengan perkembangan murid.
Gunakan gambar atau warna yang menarik hati murid untuk belajar.
Guru hendakalah selalu memberi galakan dan bimbingan supaya tidak membuanuh semangat murid untuk terus belajar membaca.
3.2.4.1 Cara Mengajar
Mula-mula murid dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang mudah. Bacaan senyap dan kuat dijalankan selepas itu dan ini adalah untuk membolehkan mereka memahami teks yang dibaca.
Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan murid-murid mengingati struktur-struktur dan perbendaharaan kata yang penting. Pembelajaran tatabahasa pula didasarkan kepada bacaan supaya membolehkan mereka mengenali beberapa bentuk kata kerja, kata nama dan lain-lain. Penghasilan atau penulisan struktur ayat secara aktif tidak adalah diutamakan atau tidak semestinya. .
Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, murid-murid diperkenalakan dengan sistem bunyi bahasa yang dipelajari dengan mendengar dan bertutur. Ini dilakukan melalui penggunaan rangkai kata yang mudah. Apabila ini sudah tercapai murid membaca buku teks dan diikuti pula dengan latihan lisan dan menjawab soalan-soalan.
Kaedah Secara Kumpulan
Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian. Kedua kumpulan yang pelbagai kebolehan dan kecenderungan kumpulan mengikut kebolehan. Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang sama tarafnya. Mereka di letakkan dalam kumpulan berdasarkan ujian atau penilaian. Pada amnya, guru boleh membentuk tiga kumpulan :
Kumpulan cerdas.
Kumpulan sederhana
Kumpulan lambat.
3.2.4.2 Prinsip-prinsip kaedah pengajaran berkumpulan
i. Murid harus dibiasakan dengan rutin aktiviti berkumpulan. Iaitu dalam satu satu aktiviti mereka tahu tugas mereka.
ii. Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana belajar yang agak bising.
iii. Guru harus menentukan supaya tidak ada murid merasa besar diri dan rendah diri dalam satu-satu kumpulan.
iv. Perhatian hendak diberikan kepada individu tertentu walaupun telah dibahagikan mengikut kumpulan.
v. Kerjasama dan pertandingan sihat hendak diwujudkan.
vi. Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan guru hendaklah menyediakan murid dengan arahan yang jelas.
vii. Semasa aktiviti dijalankan guru hendaklah beredar dari satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalak murid untuk mendapat pengetahuan.
viii. Diakhir pelajaran guru hendaklah membincang hasil kerja murid bagi tiap-tiap kumpulan.
ix. Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan mengenai apa yang dipelajari.
3.2.4.3 Teknik yang boleh dijalankan dalam kaedah bacaan
i. Guru menarik perhatian murid kepada tajuk atau aktiviti yang hendak dijalankan.
ii. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian melantik seorang ketua yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aktiviti dapat dijalankan.
iii. Kemudian guru akan memberi arahan dan tugasan.
iv. Setelah tamat guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan.
Posted by CaLLeyDesOuZa at 7:41 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment